Menyingkap Tabir Sejarah UPM

ARKIB UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SELAYANG PANDANG

Previous slide
Next slide

EKSPLORASI PENSEJARAHAN UNIVERSITI

Perkhidmatan Konsultasi Bersama Arkib UPM

Perkhidmatan konsultasi ini disediakan adalah untuk mengeksplorasi pengkisahan sejarah dan perkongsian pengalaman melalui tokoh-tokoh universiti atau orang perseorangan yang mempunyai kisah bermula dari Sekolah Pertanian hingga Universiti Putra Malaysia. Perkhidmatan pengecaman gambar tanpa kapsyen merupakan ekplorasi sejarah yang mencabar dalam menentukan tawarikh dan peristiwa lalu. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelanggan Arkib UPM dan terbuka juga kepada warga UPM untuk memberi khidmat sukarelawan dalam mengenalpasti sesebuah gambar. Konsultasi pelupusan rekod turut disediakan kepada pusat tanggungjawab di UPM untuk memindahkan atau melupuskan rekod-rekod lama.

Kempen Derma Koleksi untuk Arkib UPM

Kempen ini adalah penting kepada Arkib UPM dalam menjalankan fungsinya sebagai arkib universiti yang berperanan menjaga dan melindungi bahan yang bernilai sejarah universiti. Kempen ini meliputi kesemua ganerasi universiti dan mengalu-alukan keterbukaan warga UPM secara individu atau pusat tanggungjawab untuk menyerahkan rekod-rekod penting, penerbitan, ciptaan, artifak dan lain-lain bahan yang bersesuaian.

SAMBUTAN HARI ARKIB ANTARABANGSA@UPM 2024

Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan yang akan dijalankan oleh Arkib UPM. Aktiviti ini telah memasuki tahun ketiga penganjuranya dan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan warga UPM. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran warganya dalam menghormati dan menghargai sejarah universiti serta melestarikan pengurusan rekod universiti. Sambutan ini dijangka akan berlangsung pada 26 Jun 2024. Jumpa nanti!

Days
Hours
Minutes
Seconds

Upcoming Tours & Destination

Fuerat aestu carentem habentia spectent tonitrua mutastis locavit liberioris. Sinistra possedit litora ut nabataeaque. Setucant coepyterunt perveniunt animal! Concordi aurea nabataeaque seductaque constaque cepit sublime flexi nullus.

Scroll to Top